Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLITIK MATANG


Permulaan politik matang Pas-Umno
Permulaan politik matang Pas-Umno
Shabery mengiringi Abdul Hadi sebelum Ahli Parlimen Marang itu bertolak ke Marang dari pulau berkenaan.
 
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadirannya pada majlis pelancaran program tukun tiruan Rig To Reef di Pulau Kapas di sini, adalah permulaan kepada politik matang antara Pas dan Barisan Nasional (BN).

Malah, Ahli Parlimen Marang itu turut berterima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana mengundang beliau untuk menghadiri program tersebut.

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.

“Kerjasama ini  (antara Pas dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses melabuhkan tukun tiruan di perairan Pulau Kapas yang kemudiannya dibawa ke sebuah bot untuk menaikkan bubu nelayan berhampiran kawasan tukun berkenaan.

Ditanya sama ada kerjasama Umno dan Pas itu akan menimbulkan persepsi negatif dan perasaan kurang senang pihak-pihak tertentu, Abdul Hadi, berkata ia akan difahami oleh mereka terutama rakyat di peringkat akar umbi.

"InsyaALLAH rakyat akan faham bila rakyat menyedari yang kepentingan dan hak mereka dijaga dengan baik. Rakyat boleh berfikir dengan matang di dalam perkara ini kerana pelaksanaan secara praktikal itu lebih penting berbanding teori.

"Apa yang berlaku, kita kena ingat negara kita ini warisan penjajah yang banyak benda negatif perlu dihapuskan, perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kita kena hentikan, tarik 'hand brake' dan menyelamatkan negara dan rakyat.

“Itu lebih penting, mengatasi segala-galanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut meminta semua pemimpin Pas di Selangor tidak mengambil sebarang keputusan apabila Muktamar Pas ke-63 baru-baru ini meluluskan usul supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan.  

“Apa yang penting ialah semua pimpinan Selangor akan patuh kepada arahan Pusat. Adapun apa tindakan kita lihat perkembangan selanjutnya yang akan berlaku selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan mengatakan wujud usaha dan gerakan merampas Selangor melibatkan wakil rakyat PKR dan Pas dan usaha dan gerakan itu dikatakan mendapat kebenaran daripada beliau.

Ketika ditanya pemberita mengenai tanggapan sesetengah pihak bahawa tindakan Pas memutuskan hubungan dengan PKR akan merugikan parti itu, katanya, soalan itu hanya sekadar andaian dan beliau tidak dapat menjawabnya.

“Soalan itu (hanya) andaian, (kalau) andaian kita tak boleh nak jawab, andaian ini benda yang berkemungkinan…kemungkinan untung, saya boleh kata untung sebagaimana yang mereka kata rugi…(hanya) andaian,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, langkah memutuskan hubungan dengan PKR diharap akan menguntungkan Pas apabila ia akan mewujudkan sikap pembangkang yang menasihat, pembangkang yang bekerjasama.

“Keadaan itu akan menimbulkan satu keadaan yang stabil kepada negara, yang boleh menguntungkan bukan sahaja dari segi politik tetapi termasuk dalam aspek ekonomi dan kerajaan,” katanya.

Sekiranya pilihan raya diawalkan di Selangor, katanya, itu terpulang kepada Selangor kerana Selangor ada Perlembangaannya sendiri, kena rujuk kepada Perlembangaan Selangor serta terpulang kepada keputusan Sultan Selangor.

17 orang berkata:

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7700] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.

NajibHaramJadah said...

Setan mulut ikan toman gang sama setan sarban besar

Anonymous said...

PIGS + Umno = Politik BANGSAT

Anonymous said...

Politik Sekular + Shia

Anonymous said...

Lebai dah termakan dedak ketua penyamun. Walaun2 ikut bersubahat. Lahanat Hadi dan Pas.

Anonymous said...

HAHAHA MEMANG MALANG! INI POLITIK MALANG!!!

Anonymous said...

Ahli pas yg benci umno tak tau benda yg hadi buat ni. Klu depa suma tahu memang jadi migrasi besar2an.


Harap PH ambik peluang.

Anonymous said...

Akhirnya berkuburlah harapan rakyat dan arwah TGNA terhadap pas untuk selama2nya. Pas bukan lagi sandaran rakyat menumpang teduh....

Anonymous said...

Eloklah pert 3 penjuru agar pas pupus untuk selama2nya.

Anonymous said...

Harapan TGNA dahulu mahu melihat kemenangan Pakatan Rakyat (PKR + PAS + DAP ) seterusnya mentadbir Putrajaya. Dari kacamata beliau hanya Pakatan Rakyat sahaja dapat memperbetulkan sistem pemerintahan Malaysia yang kian bobrok/rosak dibawah umno/bn ketika itu. Semua rakyat tidak kira agama atau bangsa terbeban akibat salahlaku ini. Ketika itu UG menyembunyikan identiti diri khuatir akan ditemplak oleh TGNA. Tapi Allah sayangkan TGNA, beliau tidak sempat melihat perubahan ini. Inilah 'harapan' TGNA. Oleh itu Pakatan 'Harapan' diberi nama sebagai mengenang
dan neneruskan HARAPAN TGNA.
Ayuh tolak barisan pas kini yang jelas menghianati TGNA.
Semoga roh TGNA dicucuri rahmat.

Anonymous said...

dah lebai2 kelentong pas x nak kawan ngan korang yg korang merengek2 tu wat pe barua2 taksub politik oi hehe

Anonymous said...

Hi..hi...hi.. meroyan..

Anonymous said...

Ini namanya politik NATANG ciptaan lebai2 rasuah jual agama.hi hi hi

Anonymous said...

Politik hadi natang

Anonymous said...

Menate mung. Politik menate mung

Anonymous said...

Natang bewok mung hading

Anonymous said...

Nate tu nok gi maner tu?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.