Kebocoran rahsia kerajaan agak serius berlaku
SHAH ALAM - Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz menyokong keputusan
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali agar mengkaji semula hukuman
berkaitan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Menurutnya, perkara itu adalah keperluan mendesak untuk waktu ini
susulan kebocoran rahsia rasmi kerajaan yang agak serius berlaku, sejak
kebelakangan ini.
“Memang (ada) keperluan untuk meminda OSA dalam keadaan zaman sekarang ini...memang keperluan yang mendesak. Terlalu banyak dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang boleh dibocorkan dengan mudah,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
“Memang (ada) keperluan untuk meminda OSA dalam keadaan zaman sekarang ini...memang keperluan yang mendesak. Terlalu banyak dokumen-dokumen rasmi kerajaan yang boleh dibocorkan dengan mudah,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan dan memetik
Mohamed Apandi berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi
meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia
kerajaan dan negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia
itu.
Beliau juga dilaporkan melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman
penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah sementara
wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber
maklumat yang mereka peroleh juga boleh dikenakan tindakan itu.
Dalam pada itu, Mohd Khairul berkata, risiko penyebaran rahsia kepada
pihak yang salah dan tidak faham hanya akan menyebabkan spekulasi demi
spekulasi terbit.
“Tujuannya adalah untuk mengehadkan penyebarannya. Mereka yang perlu
tahu sahajalah yang perlu mengetahui sesuatu perkara itu tetapi apabila
penyebarannya adalah tidak terkawal, orang yang tidak berhak tahu pun
tahu juga, maka apabila orang ini mengetahui sesuatu yang mereka tidak
faham, maka dia akan buat spekulasi. Jadi, itulah rasionalnya dalam
keadaan sekarang ini,” katanya.
Beliau juga tidak menolak pandangan Mohamad Apandi pindaan OSA untuk
menambah hukuman terhadap pihak yang mendedahkan maklumat kepada pihak
ketiga.
“Cuma, agak pelik saranan pindaan itu dibuat sendiri oleh peguam
negara. Kebiasaannya peguam negara tidak mendahului apa-apa cadangan
untuk meminda apa-apa undang-undang.
“Saya setuju pindaan OSA dibuat mengikut keperluan semasa. Cuma itu
sahajalah yang agak pelik sedikit. Kenapa peguam negara yang tiba-tiba
dominan pula dalam hal ini?,” katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment