Amanah kata Pas sudah gugup lawan BN
KOTA BHARU - Dakwaan kelahiran Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai
‘kacau daun’ cukup membuktikan Pas tidak yakin mampu menentang BN secara
bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke 14 untuk mempertahankan
Kelantan.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, parti itu
tidak diwujudkan sekadar untuk ‘kacau daun’ dalam politik seperti yang
didakwa Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, apa lagi
untuk memberi peluang kepada BN memerintah Kelantan.
Menurutnya, Amanah telah memberi komitmen yang jelas untuk bersama
pakatan pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menggantikan BN dalam PRU
14 nanti.
“Jika Mohd Amar berasa tidak yakin kemampuan Pas untuk pertahankan
Kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN, beliau sebagai Naib
Presiden Pas boleh mengemukakan cadangan supaya mereka bersama Pakatan
Harapan untuk menghadapi cabaran ini.
“Sebagai seorang timbalan menteri besar, saya yakin beliau boleh
mempengaruhi pemimpin Pas yang lain demi menyelamatkan Kelantan dan
menentang BN. Pas perlu bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain,”
katanya.
Baru-baru ini, Mohd Amar juga menganggap parti yang ditubuhkan atas
dasar kekecewaan itu tidak mampu bertahan lama apatah lagi mempunyai
kuasa untuk merampas Kelantan daripada Pas.
Selar Che Ibrahim, jika Mohd Amar mengakui tidak dapat meramalkan apa
yang akan berlaku pada masa depan dalam politik Pas terutama dalam isu
bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, atas asas apakah pula beliau
boleh meramalkan masa depan politik Amanah.
“Saya yakin jika Pas bersedia mencari titik persamaan bagi mewujudkan
persepakatan yang kukuh antara parti pembangkang untuk menentang BN,
bukan sahaja Kelantan dapat diselamatkan daripada jatuh ke tangan BN
dalam PRU 14 nanti, bahkan kedudukan BN di peringkat pusat pun akan
goyah,” katanya.
Malangnya, bagi Che Ibrahim, Pas setakat hari ini masih lagi bersikap ‘tidak mesra’ atau anti pakatan pembangkang.
Bagi Amanah, sikap Pas sebegitulah yang memberi ruang kepada Umno dan
BN untuk meletakkan mereka dalam keadaan yang selesa walaupun sedang
bergolak dengan perbagai masalah rakyat dan negara.
4 orang berkata:
Pas yg berubah jd parti nyamuk di bawah pimpinan Hadi Awang kaki ponteng.
Harap lps pru14 Pas akan bertukar jd ngo badan dakwah dan bukan lg parti politik.
Politik Pas haru biru dan mencemarkan kemuliaan agama Islam yg sebenar.
Pak Karta kena ucap ribuan terima kasih kpd Pakkaramu kerana sanggup mengiklankan angka ritual gaib..... moga2 Pakkaramu yg empunya blog ini akan mendapat ganjaran untuk bekalan bila mati nanti.
Dah puloh tahun Pas menang di Kelantan, ada parti lain tolong ke? Mat Sabu, Salehuddin, Hatta Ramli jadi wakil rakyat di Kelantan sebab Pas, di negeri sendiri tak laku. Amanah ni cakap berdegar2 macam maha hebat, tapi lihat saja sambutan hambar bila buat ceramah. Mat Dabu baling mikrofon sebab orang melayu bo layan partinya, sampai dia mencaci bangsa melayu dan bodek cina. Amanah ingat dengan perangai bodoh Mat Sabu, orang melayu akan berduyun2 sokong Pan?? Tapi biasalah, ikut peribahasa " Tong kosong memang kuat bisingnya".
XUMNO...komen ko sama taraf dgn Pak Karta dan Master Sgp.....
Post a Comment