Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERANGI PARTI NYAMUK HABIS-HABISAN


Amanah kata Pas sudah gugup lawan BN
Che Ibrahim Mohamed
Che Ibrahim

KOTA BHARU - Dakwaan kelahiran Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai ‘kacau daun’ cukup membuktikan Pas tidak yakin mampu menentang BN secara bersendirian pada Pilihan Raya Umum Ke 14 untuk mempertahankan Kelantan.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, parti itu tidak diwujudkan sekadar untuk ‘kacau daun’ dalam  politik seperti yang didakwa Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, apa lagi untuk memberi peluang kepada BN memerintah Kelantan.

Menurutnya, Amanah telah memberi komitmen yang jelas untuk bersama pakatan pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menggantikan BN dalam PRU 14 nanti.

“Jika Mohd Amar berasa tidak yakin kemampuan Pas untuk pertahankan Kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN, beliau sebagai Naib Presiden Pas boleh mengemukakan cadangan supaya mereka bersama Pakatan Harapan untuk menghadapi cabaran ini.

“Sebagai seorang timbalan menteri besar, saya yakin beliau boleh mempengaruhi pemimpin Pas yang lain demi menyelamatkan Kelantan dan menentang BN. Pas perlu bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain,” katanya.

Baru-baru ini, Mohd Amar juga menganggap parti yang ditubuhkan atas dasar kekecewaan itu tidak mampu bertahan lama apatah lagi mempunyai kuasa untuk merampas Kelantan daripada Pas.

Selar Che Ibrahim, jika Mohd Amar mengakui tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan dalam politik Pas terutama dalam isu bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, atas asas apakah pula beliau boleh meramalkan masa depan politik Amanah.

“Saya yakin jika Pas bersedia mencari titik persamaan bagi mewujudkan persepakatan yang kukuh antara parti pembangkang untuk menentang BN, bukan sahaja Kelantan dapat diselamatkan daripada jatuh ke tangan BN dalam PRU 14 nanti, bahkan kedudukan BN di peringkat pusat pun akan goyah,” katanya.

Malangnya, bagi Che Ibrahim, Pas setakat hari ini masih lagi bersikap ‘tidak mesra’ atau anti pakatan pembangkang.

Bagi Amanah, sikap Pas sebegitulah yang memberi ruang kepada Umno dan BN untuk meletakkan mereka dalam keadaan yang selesa walaupun sedang bergolak dengan perbagai masalah rakyat dan negara.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pas yg berubah jd parti nyamuk di bawah pimpinan Hadi Awang kaki ponteng.

Harap lps pru14 Pas akan bertukar jd ngo badan dakwah dan bukan lg parti politik.

Politik Pas haru biru dan mencemarkan kemuliaan agama Islam yg sebenar.

Anonymous said...

Pak Karta kena ucap ribuan terima kasih kpd Pakkaramu kerana sanggup mengiklankan angka ritual gaib..... moga2 Pakkaramu yg empunya blog ini akan mendapat ganjaran untuk bekalan bila mati nanti.

XUMNO said...

Dah puloh tahun Pas menang di Kelantan, ada parti lain tolong ke? Mat Sabu, Salehuddin, Hatta Ramli jadi wakil rakyat di Kelantan sebab Pas, di negeri sendiri tak laku. Amanah ni cakap berdegar2 macam maha hebat, tapi lihat saja sambutan hambar bila buat ceramah. Mat Dabu baling mikrofon sebab orang melayu bo layan partinya, sampai dia mencaci bangsa melayu dan bodek cina. Amanah ingat dengan perangai bodoh Mat Sabu, orang melayu akan berduyun2 sokong Pan?? Tapi biasalah, ikut peribahasa " Tong kosong memang kuat bisingnya".

Anonymous said...

XUMNO...komen ko sama taraf dgn Pak Karta dan Master Sgp.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.