Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DHPP AKAN BANTU PAS PADA PRU 14

Terus istiqamah ‘hijau’, tolak ‘oren’
 N Balasubramaniam
N Balasubramaniam
 
ALOR SETAR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan terus 'bernaung bawah pohon berdaun hijau, tak akan beralih kepada pohon berdaun oren'.

Itu analogi yang disampaikan oleh ketuanya, N Balasubramaniam bahawa DHPP akan terus istiqamah dengan perjuangan Pas.

Ketuanya, berkata, DHPP tidak pernah ‘goyang’ dengan perjuangan Pas malah berasa selamat sekiranya negara dipimpin golongan ulama.

“Atas keyakinan kami kepada Islam dibawa Pas, kami akan bantu Pas menang PRU14.
“DHPP akan  pastikan Pas menang bergaya nanti, dan mahu lihat Pas perintah Malaysia dengan adil,” katanya ketika ucapan penggulungan.

Menurutnya,  DHPP juga mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai perdana menteri pertama dari Pas.

“Kami tidak berasa ragu mengenai masa depan negara jika Pas perintah. Jika Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir untuk ummah maka Abdul Hadi adalah Presiden Pas pertama sebagai perdana menteri, disusuli Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana kedua-dua tokoh itu mewarisi perjuangan nabi,” katanya.

Balasubramaniam berkata, DHPP berharap tiada lagi perdana menteri daripada Umno selepas muktamar ini berakhir.

“Berdoalah kita kerana doa anda (perwakilan) lebih mustajab berbanding doa rakan-rakan DHPP,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada  perwakilan.

Menurutnya, bukan Islam tidak perlu bimbang dengan Islam yang dibawa Pas kerana tiada unsur paksaan dalam parti itu.

“DHPP sudah lama bersama Pas, tidak pernah pula kami dipaksa ulama memeluk Islam. Sebab itu, kami tidak cemas bila Pas membentangkan RUU355, kerana ia hanya untuk orang Islam, tidak kepada orang bukan Islam,” katanya.

Tambahnya, DHPP yakin Islam sebagai tempat berlindung daripada kesengsaraan hidup yang dipenuhi unsur ketidakadilan, kezaliman dan penindasan.

“Ahli DHPP turut diberi kesempatan belajar keindahan Islam melalui usrah yang dibimbing Pas, menerusi kelas ilham. Ini bukti Islam adalah agama sejagat, bukan untuk permusuhan antara parti,” katanya.

Aksi Balasubramaniam memulakan ucapan dengan memetik petikan ayat al-Quran turut mencuit hati perwakilan yang bangun memberi tepukan sebaik beliau selesai berucap.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Mamat ni dah diIslamkan ulamak2 Pas ke? Rasanya dia sorang je masih tinggal dlm dhpp.

Anonymous said...

Dia dah masuk jawi ke?
Lebai dol boleh tolong Kasi tahnim. Pahle lebih tu

Anonymous said...

Bagi peluang mamat ni satu kerusi. Nak tengok walaon2 undi kapir.

Anonymous said...

Dpt bantuan kapir jugak.

Anonymous said...

Dap kapir tolong Amanah hukumnya haram, kata Pak lebai. Kapir dhpp tolong lebai sama Tak hukumnya?

Anonymous said...

Kpd pas...
Berharaplah bantuan drp Allah. Jgn berharap bantuan drp dhpp kafir tu

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.