Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KE MAHKAMAH TINGGI LONDON

Kenyataan Media PAS Pusat: Presiden PAS Memulakan Prosiding Fitnah Terhadap Pengasas Dan Editor Sarawak Report Di Mahkamah Tinggi London



KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
PRESIDEN PAS MEMULAKAN PROSIDIN FITNAH TERHADAP PENGASAS DAN EDITOR SARAWAK REPORT DI MAHKHAMAH TINGGI LONDON

1) YB. Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, telah memfailkan suatu prosiding fitnah(defamation proceedings) di Mahkhamah Tinggi London dan telah menyerahkan Saman(Claim Form and Particulars of Claim) terhadap Clare Rewcastle Brown, Pengasas dan Editor Sarawak Report yang berpengkalan di London.

2) Saman yang diambl oleh Presiden PAS adalah untuk mendapatkan sejumlah Gantirugi(damages) dan suatu Perintah Injuksi(injuction order) berikutan penyiaran satu artikel dalam website Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang bertajuk  "As Najib Denies All Over 1MDB, Let's Not Forget His Many other Criminal Connections - COMMENT".

3) Artikel tersebut termasuklah kenyataan yang boleh difahami bahawa Presiden PAS secara peribadi telah menerima atau mendapat atau meluluskan penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri Najib sebagai pertukaran untuk berkompromi dalam hal pendirian politik PAS.

4) Segala tohmahan-tohmahan tersebut adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali. Tohmahan dan dakwaan rasuah seumpama ini jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi seseorang seperti Presiden PAS, yang amat komited dengan proses demokrasi sejak sekian lama di mana falsafah politik serta segala tindak tanduk beliau jelas menggambarkan beliau berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dan ajaran Islam.

5) YB Presiden PAS dalam tindakan ini telah melantik dan mengarahkan peguamnya yang berpengkalan di London, CARTER-RUCK untuk menghantar "Letter of Complaint" kepada MIss Rewcastle Brown pada akhir tahun 2016, hanya untuk meminta agar artikel tersebut dibuang dan menyiarkan pernyataan mohon maaf(apology). Namun Miss Rewcastle Brown telah gagal sama sekali untuk memberi respon kepada aduan tersebut, sebaliknya telah membuat beberapa kenyataan awam(public statements) yang merumitkan lagi keadaan.

6) Dengan mengambil kira keadaan fitnah yang amat berat ini, Presiden PAS tidak akan membiarkan tohmahan fitnah ini berlalu begitu sahaja tanpa dicabar, dengan demikian tiada pilihan lain melainkan mengambil tindakan Mahkhamah di Mahkhamah Tinggi London, bagi membetulkan keadaan yang  dengan teruknya menjejaskan reputasi beliau di Malaysia, dan Singapura, begitu juga di England dan Wales.

Terima kasih.
Dato' Takiyuddin Hassan,
Setiausaha Agung.

10 orang berkata:

Anonymous said...

HAHAHA dari tahun lepas lagi aku dengar pas nak saman SR. Muktamar baru2 ni ada banyak tin milo. mungkin tin milo dah penuh. ya, silakan saman SR, bersihkan nama pas, jgn nak cakap lebong jer. kesian laa kat walaunta yg derma tuu. kalau duit dah cukup sila saman segera.

kalau tak cukup jugak duit, sila minta drpd pak karam, dia dapat byk komisyen hasil jadi agen jual nombor togel.

Anonymous said...

Nak jimat kos dan proses mahkamah lebih cepat kenapa Pas tak saman je Rafizi dan Husam? Tuduhan yg sama jugak.

Anonymous said...

Last2 duit derma tin milo masa muktamar tu dibuat beli range rover atau audi q7 hahaha

Anonymous said...

Tin Milo dah penuh ke?
Si Taki dgn Si Nasa nak percaya...kah..kah...kah
Bodoh gila korang ni x nampak si hangguk ni punya drama...
Ustaz Bapok Pembelit

Anonymous said...

Duit2 tin milo nanti karam lah jawabnya

Anonymous said...

Pakcik kayo

Anonymous said...

tukang kutip derma tin milo tu pun tdo kt hotel time muktamar... yg 2 ekoq dari depa tu aku kenal org tmn angsana,kulim... tiap2 hari 24jam dok letak tabung kt market kulim, pasar.mlm sekitar kulim,p.pauh, bm...guna name u.aml & pasti...

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.

Anonymous said...

Klentong.
Takut hadi kalah kono baya 90 juta kek SR.

Anonymous said...

Haaa....dulu kata tak brani la...tipu la nak saman...skrg dah saman ckp mcm2 plak....walau camne pon...biar cakap dan bikin dari ckap tak bikin

Tbaik pas

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.